I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 11 April 2012

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Salam sejahtera ke atas kamu. Peace be upon you. :)

Syahadat cinta yang baru sahaja disiarkan di televisyen adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada sebuah novel yang laris dijual di Indonesia sekitar tahun 2008. Sebuah cerita yang saya mahu kongsikan dengan awak. Iqbal, seorang lelaki yang jahil tentang ilmu agama serta hidup di kota metropolitan mula mengambil keputusan untuk berubah apabila dia mencederakan ibunya. Dia bersekolah di sekolah pondok tetapi mengambil keputusan untuk lari dari sana setelah dia marah kerana diberi tugasan mengangkat air di telaga. dia lari tanpa tujuan dan paling menyayatkan hati ini, dia bersolat di tepi sungai dengan beralaskan sejadah di atas batu. Dia menangis kerinduan semasa menelefon ibunya dan melarang ibunya untuk menelefon dia sehingga dia sendiri yang telefon.

semasa di dalam bas, Iqbal bertemu dengan Pricilia, seorang gadis kristian yang ingin membantunya mencari hotel untuk menginap. sementara menunggu Pricilia habis kelas, dia terjumpa dengan seorang makcik bersama anak kecil yang sedang kelaparan. Oleh kerana kasihan, dia memberi sedikit makanan yang dia ada kepada makcik tersebut dan mengambil keputusan untuk menginap di rumah makcik tersebut. Setiap hari berlalu, Pricilia mula tertarik dengan Islam kerana kemerduan suara mereka dalam memuji kalimat-kalimat Allah ketika solat. Perjalanan Iqbal ke arah kebaikan sentiasa ada halangan. 'Orang yang disayangi Allah akan sentiasa diuji kerana Allah rindu akan suara mereka berkata-kata kepadaNya' . Iqbal ditangkap kerana suatu tuduhan, di penjara dia bersahabat dengan banduan2 tersebut dan Alhamdulillah, dia berjaya mengajak rakan-rakannya itu berubah dan akhirnya dengan kekuasaan Allah yang Maha Pengasih, dia dibebaskan.

Di rumah, Pricilia sudah bersedia untuk memeluk islam di hadapan 9 orang saksi dan dengan sekali lafaz syahadah, dia kini seorang Mualaf. Manakala Iqbal pula menghadapi pelbagai dugaan apabila dia kembali ke Pondok. Dia tetap tak patah semangat. Cerita ini berakhir apabila Iqbal akhirnya dikeluarkan dari sekolah pondok itu dan bakal mengahwini zainab yang dicintainya dan Pricilia yang amat memerlukannya. *bermadu

*Setiap orang di muka bumi ini tidak diciptakan sempurna dan harus mencari untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Teringat akan kata-kata 'kita dipertemukan kerana dua perkara. Untuk belajar sesuatu daripada mereka atau untuk terus kekal berkawan dengan mereka' dan juga kata-kata 'lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik' . semua orang di muka bumi ini pasti menginginkan seseorang yang baik dan boleh membimbing mereka ke arah kebenaran termasuklah saya sendiri. Tetapi kita cuma ditakdirkan berkawan ;) . Its ok, Bangga ada kawan yang hebat macam awak, semoga ukhwah ini terus terjalin .Rezeki orang lain-lain. Ada yang bertuah kerana dihadirkan seseorang yang akan menjaga dan membawa mereka ke arah kebenaran. Tidak kurang juga kepada mereka yang masih terus diuji Allah dengan suami yang mengabaikan tanggungjawapnya. Walaubagaimanapun, takdir itu milik Allah. Kun faya kun. benda yang kita rasa mustahil pun boleh terjadi*

Lots Of Love,
Myself

No comments:

Post a Comment