I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 22 December 2011

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Lots Of Love,
Myself

Wednesday, 21 December 2011

Doa Itu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah. :)
semoga Allah menjaga kesucian perhubungan itu. Hari yang ketiga, saya bermimpi bertemu muka dengan Awak di sebuah rumah Allah. Dan itulah jawapan ke atas persoalan saya selama ini. Terima Kasih Ya'Allah. Saya akan tunggu awak. Ambillah masa.

Lots Of Love,"
Myself


Monday, 19 December 2011

One.In.A.Million

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera.



Pernah awak terfikir tak yang mana tau rasa sayang tu tak benar?

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Kalau ternyata dia bukan untuk awak, apa awak akan buat?
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Apa yang awak harapkan daripada dia sekarang?

Lots Of Love,
Myself

Friday, 9 December 2011

MasakanHariIni


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. Hari ni buat kali ketiga saya memasak makanan yang betul-betul untuk dimakan dengan Nasi.. sebelum ni cuma memasak Maggi, telur, bubur, menjerang air, menanak nasi dan pelbagai makanan ringkas yang lain. Terasa puas juga melihat adik beradik dengan selera makan.. haha.. mungkin kerana Lapar! :D.. tapi tula.. Not Bad, berjaya menghasilkannya dengan berjaya sekali. Hari nie saya memasak Sambal Udang dan Sayur Kobis goreng. Nyumi.. sound delicious, right? selain daripada makanan yang disebut, saya pernah masak Ikan masak belada. Sup sayur sawi dan ikan goreng. Boleh la.. makanan orang bujang kan? Err,, Nasi Goreng termasuk sekali tak? haha.. Have a look.. betul dimasak sendiri dan bukan dibeli di kedai. :)



ERR.. yang dalam tupperware tu nenek yang masak semalam, hari nie panaskan sebagai lauk tambahan. Actually lauk tu semua dah nak habis. lambat sangat tangkap gambar. :D

sekian itu sahaja entry saya pada hari ini. terima kasih!

Lots Of Love,
Myself

Thursday, 8 December 2011

CelotehDiBulanDecember

Alhamdulillah.. I'm now better than before.. berbaloi juga tinggal di kampung untuk dua minggu. perasaan tenang dengan melihat permandangan sawah padi yang menghijau semuanya. haha.. rasa-rasanya , sudah sebulan aku tak menambah celoteh aku. blog ini juga ditinggalkan sunyi tanpa apa-apa perubahan. kesian. sekarang aku sibuk dengan twitter. tak sangka. seronok juga ada twitter nie. kita boleh tulis apa sahaja yang kita mahu tanpa perlu risau. ini dunia aku. semuanya aku luahkan disini.. :) 10/12 ni aku ke MidValley untuk Pesta buku. ada diskaun dan pastinya boleh berjumpa dengan penulis-penulis buku yang terkenal. aku hanya mengikut kawan. nak penuhi Impian aku untuk datang ke sana. maklumlah.. pertama kali ke MidValley.. haha.. Terima kasih pada khairzawawi sebab dah benarkan aku ikut dia dengan kawan-kawan ke situ.. pandai-pandai la ramahkan diri bertanya dan berbual dengan kenalan baru. Abang, thankyou sangat-sangat coz nak hantar adik ke sana.. u're the best bro ever.. :)




hahahah.. habis pasal abang.. nie pula gambar family saya..



haha.. happy family tak?? Alhamdulillah.. untuk mempunyai keluarga bahagia memang ada pelbagai cabaran. banyak pengalaman pahit kami tempuhi selama ini. terima kasih kerana Allah masih sayangkan kami. hmm.. nie pula saya.. saya seorang pengawas! hehehe..


sebelum pergi skola, sempat lagi nak bergambar.. :D
okla.. cukup sampai sini dulu aku berceloteh... haha.. bercakap soal hati. CapitalMo<3 , semoga awak sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal Alamin.



Assalamualaikum..

Lots Of Love,
Myself.