long time no update right? nothing to share or write. yeah me , a lonely girl with ordinary life . got no boyfriend and ofcoz still single , Im not available . still keep on trying to not having any relationship , why ? there is no such thing like couple in Islam . I dont feel bored just sometimes , my disease of depression will come . depression of being alone . that time I've to be a great struggle with myself. funny ha? that's the real me . I cant live alone . Seriously . I need Allah to help me to face all those things . I dont want to turn back and look for the 'dark' of mylife . just an old story of myself . dont judge me by my old life , i'm not live there anymore . I'm is what i'm today. Nobody is Perfect , isn't it ? And it will never be excepts for Allah . I'm happy coz Allah wanna guide and show me to the right path of life . and ofcoz , I need someone to Guide me and be by my side to accompany me through my days up and down so that I can stay on My way like now and be in the right path of life . I need u AdamKu<3 where are you ? be a loyal Lover , A great Lover And A Good 'Walid' . That's my Dream . I wanna go to Mekah . Pray infront of Kaabah . that's gonna be a special moment in My life . Wanna meet my Adam soon . Forgive me Ya'Allah coz I miss Him . Yes , I miss u CapitalMo<3
Lots Of Love,
Myself
Monday, 31 October 2011
Tuesday, 18 October 2011
CapitalMo
CapitalMo<3 andai perasaan nie adalah hasutan dari syaitan supaya saya menghampiri zina.. maafkan saya.. tolong saya untuk berdoa supaya Allah hilangkan perasaan saya pada awak jika awak bukan lelaki yang tercipta untuk saya.. buat pertama kali saya suka seseorang kerana agamanya.. tapi saya tahu , tak ada istilah couple sebelum kahwin.. perasaan tu mula hadir bila saya mimpi awak memakai jubah putih, pada saat tula buat pertama kali saya dapat lihat wajah awak, itulah pertama kali saya saya rasa perasaan yang tenang, itulah pertama kali saya rasa awaklah harapan saya untuk ke jalan yang benar, itulah pertama kali saya lihat ad Nur di wajah awak.. mimpi itu indahkan? maafkan saya. semalam kite berkawan , mungkin esok lusa kite dijodohkan?
saya berdoa pada Allah , mengharapkan petunjuk dariNya.. apakah awaklah orangnya? saya buat solat isktiharah untuk mendapatkan kepastian , saya takkan putus asa. takpelah, saya akan bersabar.. sesungguhnya Allah akan memberi kemenangan kepada orang-orang yang bersabar.. semoga saya tergolong dalam golongan orang-orang yang memperoleh kejayaan.. semoga kita tetap dijalanNya yang lurus.. saya sentiasa berdoa agar terbuka pintu hati awak untuk saya suatu hari nanti.. tapi kalau awak bukan untuk saya, nak buat macam mana kan? ada hikmah yang tersembunyi disebalik setiap yang berlaku.. mungkin Allah ada perancangan yang terbaik oleh Allah pada saya.. siapa tahu kan? perkara di Luh Mahfuz tak siapa yang tahu kecuali pencipta kita sendiri , Allah S.W.T.
Monday, 10 October 2011
KisahMalamIni
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
subhanallah , aku tergamam + kagum dengan kejadian malam nie.. kuasa Allah , memang tiada tandingan.. cantik je bulan tu terletak malam nie , dengan ada lingkaran.. ;) aku jealous.. yes! memang aku jealous, nak tau kenapa?? coz aku tak dapat tengok macam yang orang lain dapat tengok.. tapi abang kate, dia nampak.. heboh jugaklah orang duk bercerita pasal fenomena yang dinamakan 'moon ring' nie dalam Facebook.. bile dah keluar something macam nie , ofcoz akan keluar pula statement macam2 , xpelah jangan fikir sangat.. yg penting tetapkan hati kita dan terus melakukan suruhanNya.. dah memang tugas kita macam tu kan?? bersiap sedia jela untuk sebarang kemungkinan yang akan datang.. memang dunia nie dah tua.. akupun manusia , masih membuat silap dan takkan lari daripada membuat kesilapan.. semoga Allah membuka pintu hati aku nie untuk sentiasa berubah. Amin.
#kalau bulan mengambang lagi , rajin2 la tengok.. Insya'Allah boleh nampak.
Lots Of Love,
Myself
Thursday, 6 October 2011
artikel + impian aku
Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.
Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.
Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.
Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?
Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita ?
Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?
Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.
Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.
Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.
Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.
Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang"attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)
Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?
Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.
Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!
Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untnk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:
1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.
2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.
3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan "akad" sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerjakemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.
4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.
Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.
Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa"input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.
Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka"steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.
Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.
Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.
kadang kadang, aku ada impian yang pelik , biar aku kawin awal, contohnya umur 18tahun dah kawin .. nak tahu kenapa?? supaya aku boleh 'dating' dengan suami aku bila2 masa je yang kitorang nak.. teruskanlah life macam biasa , study , stay kat hostel or belajar U lain2, duduk berasingan asalkan bila dating nnti , tade sapa nak marah coz aku dating dengan suami sendiri , bukan dengan lelaki lain .. dah halal dah pun .. then kalau masa cuti sem , baliklah rumah , spend time dgn suami n family! serius , itu yg aku impikan.. mesti sweet , lepas dah habis belajar , then start kerja , barulah mulakan life as a family , rancang keluarga .. kalau owg lain boleh bercinta lama2 dengan pakwe diorg , kenapa aku tak boleh buat macam tu dengan suami aku kan?? malah lagi sweet coz tak payah takut2 lagi or buat parent kite risau.. ;) Ya'Allah , makbulkan impian aku ini untuk bersama dengan insan yang tercipta untukku , sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami
Monday, 3 October 2011
NoTitleForThis
haha.. spoil! memang tada idea nak buat puisi.. kesian dia, tada puisi khas dari aku.. takpelah.. next year ada lagi.. semalam birthday dia, siapa dia tu?? adalah, someone yang cukup bermakna buat aku.. ;) cukuplah dia tahu yang aku memang ikhlas walaupun aku tak ucapkan kata-kata tu.. tak semestinya kita kena ucapkan perkataan tu kalau nak buktikan kan?? yang penting , kena saling percaya antara satu sama lain. walau bagaimanapun, bukan semua yang kita mahu akan ditunaikanNya , tapi Dia akan beri apa yang kita perlukan. Insya'Allah! bagi siapa yang dapat apa yang dihajati , bersyukur lah dan hargai setiap apa yang menjadi milik kita.. kita takkan menghargai kalau kita tak kehilangannya! haha, so baik kita hargai dari sekarang. sentiasalah yakin padaNya dan berdoa dengan yakin bahawa doa itu akan dimakbulkan.. semoga kita hidup dalam keberkatanNya.
Lots Of Love,
Myself
Lots Of Love,
Myself
Subscribe to:
Posts (Atom)
