I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 31 May 2012

Hati ini

Wahaaahaa.. busy bebenor ke? sebulan sekali je aku update blog nie? :) haha, Jadilah daripada tiada perubahan langsung.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sang adam yang jauh di sana.

Nampaknya dah ada orang yang berjaya buka pintu hati awak. Tahniah! semoga kekal dengan si dia dan semoga Allah sentiasa merahmati perhubungan kalian.


Awak pernah berpesan kepada saya, sentiasa sayang Allah, Rasul, dan Ibu bapa sebelum sayang orang lain. Nampaknya awak dah berjaya dalam memberi kasih sayang tersebut. selepas cinta kepada Allah dan Rasul, Barulah hadir cinta kepada hamba-Nya.

Awak juga pernah minta masa untuk berfikir tentang hal kita, saya beri awak masa, sampai sekarang saya masih tunggu dan beri awak masa. Tapi rupanya awak dah habis berfikir. kenapa tak bagitahu saya sendiri? sekurang-kurangnya saya tidak terlalu berharap.

:') hati ini menangis. Tapi tak sakit. mungkin kerana terlalu lama saya memendam. saya masih tak boleh nak tafsir apa mimpi tu. Tahu tak, sekarang nie setiap hari awak hadir dalam mimpi saya dengan cara yang berbeza, mungkin diri ni terlalu memikirkan awak. Terima kasih beri saya hadiah.

Tahun nie SPM. tak nak fikir hal ni. boleh sebabkan saya down and mungkin akan menghampakan orang tua saya. Ada rezeki kita jumpa suatu hari nanti.

kepada atok, Cu rindu atok. boleh kongsi cerita sama-sama nanti. Balik cepat. :)

Mencintai seseorang memang mudah,
Dicintai orang juga mudah,
Untuk dicintai oleh orang yang kita cinta tu yang susah.

Lihatlah siapa yang selalu berada dengan kita, mereka lebih menghargai kita.

Lots Of Love,
Myself.

Wednesday 11 April 2012

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Salam sejahtera ke atas kamu. Peace be upon you. :)

Syahadat cinta yang baru sahaja disiarkan di televisyen adalah sebuah cerita yang diadaptasi daripada sebuah novel yang laris dijual di Indonesia sekitar tahun 2008. Sebuah cerita yang saya mahu kongsikan dengan awak. Iqbal, seorang lelaki yang jahil tentang ilmu agama serta hidup di kota metropolitan mula mengambil keputusan untuk berubah apabila dia mencederakan ibunya. Dia bersekolah di sekolah pondok tetapi mengambil keputusan untuk lari dari sana setelah dia marah kerana diberi tugasan mengangkat air di telaga. dia lari tanpa tujuan dan paling menyayatkan hati ini, dia bersolat di tepi sungai dengan beralaskan sejadah di atas batu. Dia menangis kerinduan semasa menelefon ibunya dan melarang ibunya untuk menelefon dia sehingga dia sendiri yang telefon.

semasa di dalam bas, Iqbal bertemu dengan Pricilia, seorang gadis kristian yang ingin membantunya mencari hotel untuk menginap. sementara menunggu Pricilia habis kelas, dia terjumpa dengan seorang makcik bersama anak kecil yang sedang kelaparan. Oleh kerana kasihan, dia memberi sedikit makanan yang dia ada kepada makcik tersebut dan mengambil keputusan untuk menginap di rumah makcik tersebut. Setiap hari berlalu, Pricilia mula tertarik dengan Islam kerana kemerduan suara mereka dalam memuji kalimat-kalimat Allah ketika solat. Perjalanan Iqbal ke arah kebaikan sentiasa ada halangan. 'Orang yang disayangi Allah akan sentiasa diuji kerana Allah rindu akan suara mereka berkata-kata kepadaNya' . Iqbal ditangkap kerana suatu tuduhan, di penjara dia bersahabat dengan banduan2 tersebut dan Alhamdulillah, dia berjaya mengajak rakan-rakannya itu berubah dan akhirnya dengan kekuasaan Allah yang Maha Pengasih, dia dibebaskan.

Di rumah, Pricilia sudah bersedia untuk memeluk islam di hadapan 9 orang saksi dan dengan sekali lafaz syahadah, dia kini seorang Mualaf. Manakala Iqbal pula menghadapi pelbagai dugaan apabila dia kembali ke Pondok. Dia tetap tak patah semangat. Cerita ini berakhir apabila Iqbal akhirnya dikeluarkan dari sekolah pondok itu dan bakal mengahwini zainab yang dicintainya dan Pricilia yang amat memerlukannya. *bermadu

*Setiap orang di muka bumi ini tidak diciptakan sempurna dan harus mencari untuk melengkapi kekurangan masing-masing. Teringat akan kata-kata 'kita dipertemukan kerana dua perkara. Untuk belajar sesuatu daripada mereka atau untuk terus kekal berkawan dengan mereka' dan juga kata-kata 'lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik' . semua orang di muka bumi ini pasti menginginkan seseorang yang baik dan boleh membimbing mereka ke arah kebenaran termasuklah saya sendiri. Tetapi kita cuma ditakdirkan berkawan ;) . Its ok, Bangga ada kawan yang hebat macam awak, semoga ukhwah ini terus terjalin .Rezeki orang lain-lain. Ada yang bertuah kerana dihadirkan seseorang yang akan menjaga dan membawa mereka ke arah kebenaran. Tidak kurang juga kepada mereka yang masih terus diuji Allah dengan suami yang mengabaikan tanggungjawapnya. Walaubagaimanapun, takdir itu milik Allah. Kun faya kun. benda yang kita rasa mustahil pun boleh terjadi*

Lots Of Love,
Myself

Wednesday 4 April 2012

Again and Again

Assalamualaikum to my dearest friends! :)

It happens again. Yes! It happens again. Mula sekolah hari selasa ( isnin cuti ) semalam, aktiviti sekolah bermula macam biasa, ada permainan dan persatuan sampai pukul 4.30 petang and today ada badan beruniform sampai pukul 4ptg. memang penat. tapi bukan itu yang nak diceritakan kat sini. Dah dua hari berturut-turut pelajar tingkatan 2 kena histeria. i'm not sure whether she's the same person or not. semalam dalam pukul 1 lebih, aku ke surau untuk solat zohor, suddenly I saw Ustazah Munirah and some students carried this girl to surau since she was fainted. diorang baringkan dia, dengar cerita dari sumber-sumber yang tak berbayar (hehehe) dia tengah berborak dengan kawan-kawan kat kantin, tiba-tiba dia senyap dan pengsan. bila dia sedar dari pengsan, terus mengamuk and tendang2 meja and kerusi kat kantin tu.

Today.
once kaki melangkah masuk ke dalam surau, aku terbau spmething macam ubat sapu minyak tu (KOT) yang sangat kuat. Tapi kali nie lagi ramai student compared to semalam. keadaan hari ni macam lagi teruk sikit daripada semalam. Ustazah renjis-renjis sikit air kat dia. kawan aku kata, tadi masa kat dalam surau, budak tu menjerit-jerit, sampai naik seram jugaklah kat kawan aku tu, lepas selesai sembahyang, aku tengok En. Sabri dah ada kat situ sambil baca ayat-ayat Al-Quran. kalau tak silap mata memandang, diorang ada pegang ibu jari kaki and tangan dia. What's that means? entahlah. kejadian nie makin kerap terjadi. ==' moga-moga pelajar tersebut semakin baik. Wassalam.

Lots Of Love,
Myself

Saturday 31 March 2012

That's moment when

"Afiqah, sekolah kita ada lagi satu tangga menghala ke Bilik Kayangan?" tanya Faiezah semasa dalam perjalanan ke makmal kimia. "eh, mana ada. satu tu jela yang dekat depan bilik kaunseling tu, kenapa?" soalku kehairanan. "tak, tadi aku macam nampak bayang hitam separuh je menghala ke atas macam orang tengah naik tangga," setelah lama berfikir, aku beranggapan itu mungkin bayang2 burung yang terbang. malas nak fikir bukan2x hinggalah satu kejadian berlaku.

Ketika persatuan Agama Islam
"Afiqah, aku ada cerita gempak nak cerita nie, tahu tak, ada cikgu skolah rendah kena rasuk kat Parlour tadi. diorang terpaksa tutup pintu and tingkap kat parlour tu." tambahnya lagi."kau tahu apa cikgu tu cakap masa dia kena rasuk? 'kenapa aku pakai tudung ni, aku nak bukak, aku nak pergi sekolah baru' " aku yang dengar terus seram sejuk. might be apa yang Faiezah nampak tadi memang 'dia' aku ingatkan cerita tu berakhir sampai situ je, rupanya tak lama lepas tu, pelajar tingkatan 2 pula yang kena rasuk kat dalam surau.

Minggu nie memang sekolah kita orang busy dengan penggambaran majalah TheClarion edisi 2012. agaknya 'dia' suka nak menyebuk juga. Pn Fariza kata, "kita ni jangan nak terlampau suka sangat, jangan nak terlalu bersendiri sangat. biar sedang2 je" aku mula mengiyakan kata2 cikgu. agaknya kami terlampau excited berkata tentang perpindahan ke bangunan baru sehingga menarik minat 'dia' . Hampir setiap tahun kejadian macam nie berlaku. mungkin sekolah kami ni laluan 'dia' biasalah, sekolah tukan bekas gereja suatu masa dahulu. dah namapun SMConvent. :)

Lots Of Love,
Myself

Saturday 25 February 2012

CakCak Kebombom

Assalamualaikum! wah, pejam celik pejam celik dah 2 bulan tak update blogs. Nak masuk bulan ke-3 ni. So far, macam mana azam kawan-kawan? ada yang dah nampak hasil? aku punya azam, alahai.. tak nampak apa-apa langsung. Form5 lifestyle memang memenatkan. Dengan board pengawas, koko, tuisyen, homework and much more. now pula tengah exams intevensi 1 . Format SPM 100% kot. gempaklah! ;D

Next month, 10March. aku ada kat Sabak Bernam. Kem Kepimpinan Pengawas.. duduk homestay la dengan keluarga angkat. hukhuk, macam best? nampaknya lambat lagilah aku nak msg kawan2 aku. Dia2x?? kawan2 aku la.. ;D

Opss! tade idea nak berceloteh. macam mana nie eh? tamatkan jela. sampai di sini dahulu aku berceloteh. semoga kita berjumpa lagi. ;)

Lots Of Love,
Myself

Sunday 1 January 2012

Azam 2012

Waaa.. It's new year, dude.
huhu.. Assalamualaikum~

It's new year! And everyone know about it. But last night, I didn't watch fire spark! Why? So sleepy + tired meh ! at 9.30pm, I already taking my nap. Dush2x, terkejut kan? New day and Year are coming again. Goodbye 2011, Let's start a new chapter in our life and more important is :


Yeah! keep moving forward. Aim for our new goals and resolution! Azam pada tahun baru ini ialah, Jeng3x *bunyi dram
#Mahu dapatkan semua A dalam SPM (9A'S)
Ya! itu impian aku. semua A. aku nak buktikan, even UPSR and PMR aku tak dapat straight A's , and aku bukan dalam golongan budak2 pandai macam korg yg dapat semua A tu. aku nak buktikan aku boleh buat. Aku akan berusaha keras. Dan bersungguh2. No more main2. Hmm, lagipun cost untuk sambung belajar bukan murah beb! aku pula org biasa2 je. :'( so , aku nak dapatkan scholarship!!

#Nak beli Samsung Corby and Samsung Galaxy S
It's sound crazy but itu Azam aku yang kedua. aku nak beli guna duit aku sendiri. And aku akan buktikan aku boleh! hahaha.. Now trend pakai Hp touchscreen kot. Fully touch la, Qwerty keyboard la. Duhai, itulah bila negara tengah membangun. Apatah lagi pada tahun 2020, bila negara dah mencapai tahap 'Negara Maju' .

#Turun 10kg
Huhuhu, yang ni lawak! :P ada jugak azam macam nie? Whateve! azam aku kan? atleast 1kg for a month pon da cukup bagi aku. Hehehe Yeah! Fight for it, Fiqa. :D

Azam korang pula apa? Tak kisahla, jangan hiraukan orangg. yang penting azam kita kan?

Lots Of Love,
Myself

Thursday 22 December 2011

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Lots Of Love,
Myself