I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 16 September 2011

the true story that happen to me =D

Lisan tahun 2011 milik saya


NAMA: NUR AFIQAH BINTI AZMI
NO. K/P:  ******-**-****
KELAS: 4 DINAMIK

                        Akibat cerita hantu

             Malam itu saya,mama dan dua orang adik saya menonton cerita hantu thailand bersama-sama. Cerita hantu itu boleh dikatakan agak menyeramkan dan kami menontonnya dengan kusyuk. Selepas habis menonton, kami mengambil keputusan untuk tidur. Malam itu kami berempat tidur di ruang tamu bersama-sama memandangkan ayah dan abang tiada dirumah. Semasa tidur,fikiran saya asyik terfikirkan cerita hantu yang saya tonton sebentar tadi.  Oleh kerana masih takut, saya memejamkan saja mata dan akhirnya tertidur juga.
             Entah macam mana saya terbangun secara tiba-tiba dan secara tidak sengaja saya terpandang satu lembaga hitam sedang berdiri di muka pintu  dan lembaga itu seolah-olah menjenguk ke arah kami yang sedang tidur. Saya dengan pantas terus memejamkan mata dan menarik selimut perlahan-perlahan. Pada masa itu juga saya berzikir sebanyak yang mungkin dalam nada yang perlahan dengan harapan ‘benda’ itu akan pergi dan tidak tahu bahawa saya sudah bangun dan melihat kelibatnya.
                   Apabila saya membuka mata, lembaga itu masih teguh berdiri di situ. Benda itu semakin menakutkan saya, saya memejam semula mata sambil bermonolog di dalam hati ‘Ya’Allah! Kuatnya hantu ni’ kali ini saya membaca ayat kursi pula. Selepas habis membaca ayat tersebut, saya ulangi lagi pembacaan ayat itu dengan harapan boleh mengusir benda itu kali ini. Dan apabila saya membuka mata untuk kali yang ketiga, alhamdulillah. Benda itu sudah tiada.
                  Pada masa itu juga, saya ternampak lampu bilik abang saya terpasang. Dan barulah saya tahu yang  rupa-rupanya, lembaga yang saya lihat tadi adalah abang saya sendiri. Saya tidak menjangkakan kepulangan abang saya pada malam itu kerana dia memberitahu bahawa dia tidak akan pulang ke rumah malam itu kerana bermalam di Port Dickson bersama-sama kawannya untuk menyambut tahun baru.
                Keesokkan harinya saya menceritakan perkara yang saya alami itu kepada kesemua ahli keluarga yang ada, mereka tertawa mendengar cerita saya. Dan semasa saya bercerita kepada mereka semua, barulah saya sedar bahawa doa yang saya baca pada malam tadi bukannya ayat kursi tetapi doa iftitah. Patutlah hantu itu kuat sangat.


Lots Of Love,
Myself

No comments:

Post a Comment