I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 1 July 2011

bukan hanya lafaz bicara

Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa  cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.


Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah,  adalah cinta yang agung dan suci.  Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran,  ujian iman,  dan ketaqwaan.  Cintailah Allah,  dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.

p/s: rasa malu pula bila ingat balik betapa bodohnye aq mengagung-agungkan cinta seorang manusia! sedarkan aq!!! :'( menyesal gila, xpelah, semoga aq x ulang balik perbuatan aq tu. tapi aq cme manusia biasa. yang ingin dicintai dan mencintai. =( kuatkan semangatku, ya'Allah..

Lots Of Love,
Myself

No comments:

Post a Comment